Friday, February 15, 2013

Syukur Alhamdulillah- Luahan Hati Mila Delight


Assalamualaikum WBT
salam sayang & ceria selalu..:)

Mila bersyukur dan alhamdulillah, tahun ni tahun ke-3 Mila Delight bertapak dalam dunia bisnes yang pelbagai ragam . banyak perkara yang Mila tempuhi, suka duka, susah senang. orang kata nak seribu daya, tak nak seribu  dalih. 
kerana rasa minat & niat utk mengubah kehidupan, alhamdulillah, mila masih lagi bertahan sampai sekarang.
bila bisnes makin berkembang, tanggapan orang juga bertambah, seolah-olah mila mampu melakukan semuanya.. inshaAllah, Mila pasti boleh melakukannya dengan sedikit ruang & masa yang betul.

walaupun dah masuk tahun ke-3, Mila masih lagi homebased & juga online. belum mempunyai bengkel atau pekerja. bukan tak nak amek pekerja. terlalu banyak perkara yang Mila belajar tentang bisnes, kerana inilah satu-satunya sumber pendapatan mila, perbelanjaan mila bergantung sepenuhnya dengan hasil jualan. tiada sumber2 lain. dan Alhamdulillah, daripada situ, mila belajar tentang ilmu kewangan. Alhamdulillah, rahmat & berkat itu datang dalam pelbagai cara. Mila bahagia dengan apa yang Mila buat & jalani hidup ini dengan penuh rasa syukur pada Allah.

Bisnes ini benar-benar mengubah hidup Mila menjadi insan yang lebih baik. Mila tak punya kedai, Mila tak punya pekerja..segalanya Mila buat sendiri,dari segi production, beli barang,  marketing, delivery, selain tu, tanggungjawab Mila sbg hamba Allah, sbg seorang ank perlu Mila tunaikan. dan kadang-kadang, sebagai seorang perempuan yang lemah, dah fitrahnya, ada masa-masanya Mila tak boleh nak coop dengan masalah. semua perkara ni Mila belajar. Allahuakbar!!

Perkara yang paling membahagiakan Mila apabila setiap orang yang makan air tangan Mila bitau Mila " sedap la kak" dan pelbagai lagi pujian.  Alhamdulillah..hanya Allah yang tahu, rezki yang tak seberapa, tapi mengenyangkan & orang bergembira di atas rezeki tu. 
Mila akan terus berusaha & belajar. dan pastikan kualiti Mila Delight akan terjamin. dulu, kini & selamanya. :)
kalau ada yang terkurang..maafkan Mila..yang baik datang dari Allah, yang buruk itu dtg dr Mila.

Tahun ni Mila juga berhajat besar utk menamatkan zaman bujang. yelah, nak terus maju perlukan sokongan dari orang-orang yang dekat dengan Mila. Mila kena belajar bukakan hati untuk perkara itu. sebelum ni dah tertutup rapat. Doakan Mila mendapat jodoh yang bertanggungjawab & beriman yang boleh bersama2 Mila, membimbing menuju syurga Allah. 

segala komen & cadangan yang membina amatlah Mila alu-alukan. 
inshaAllah, akan Mila perbaiki diri utk menjadi seorang usahawan yang lebih berdaya maju, kreatif & inovatif. :)
Semoga kita semua berjaya didunia & diakhirat...Amin

Mila Delight (TR-0101499-X)
013-978.3419

No comments:

Post a Comment

Recent Posts