Wednesday, November 30, 2011

[Resepi] Cream Puff



pertama kali saya cuba buat cream puff ni...alhamdulillah..menjadi jugak wlpn bentuknya comel2 aje..
hehe..sebab pakai nozzle star yg kecik..lepas ni ne cari nozzle star yg besau sket...baru size nye jadik cam yg jual kt kedai tu...

jom kita layan resepi ni..

CREAM PUFF

bahan2 cream puff :-

50gm mentega
125ml air
1/3 camca teh garam
75gm tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
1/2 camca teh esen vanila

bahan2 custard cream :-

1 bj kuning telur
150ml whipping cream
1 1/4 camca besar tepung custard
25gm gula halus
1 camca besar parutan keju cheddar (tak letak)
1/2 camca teh esen vanila

Cara Membuatnya:-

  1. UNTUK CUSTARD CREAM : satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati. masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan teruskan mengacau sehingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard jadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras), ketepikan.
  2. UNTUK CREAM PUFF : satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanila. Putar hingga sebati. Alihkan bancuhan ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu mentega. buat sehingga siap.
  3. bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25minit, bergantung kepada oven masing2.sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit dengan gula aising sebagai penyeri.






sumber resepi : Antan Bertingkah

No comments:

Post a Comment

Recent Posts